April 1, 2013

Basic Vinaigrette





Formula Vinaigrette


Kenapa kita perlu mengikuti nisbah 3:1 bagi menghasilkan vinaigrette? Tujuannya adalah untuk memastikan vinaigrette yang dihasilkan tidak terlalu masam dan mempunyai rasa yang tajam (menusuk). Untuk pengetahuan semua, formula ini tidak tetap dan boleh diubah mengikut citarasa.

Bagaimana memastikan vinaigrette yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan salad yang hendak dihasilkan? Caranya amat mudah. Campurkan daun salad bersama vinaigrette yang telah dihasilkan.  Sekiranya rasanya terlalu masam, minyak boleh ditambahkan ke dalam vinaigrette tadi.

Bak kata orang bijak pandai dalam bengkel masakan:



Minyak???
Minyak apa yang boleh digunakan? Selalunya, mana-mana minyak yang dikelaskan sebagai vegetable oil atau salad oil boleh digunakan untuk menghasilkan basic vinaigrette. Neutral-flavored oil juga boleh digunakan. Contohnya, minyak jagung ataupun minyak soya. Namun, terdapat satu lagi minyak yang boleh digantikan dengan salad oil atau vegetable oil. Minyak itu ialah minyak zaitun. Gunakan extra virgin olive oil.

Cuka??
Cuka yang biasa digunakan ialah cuka putih. Antara lain, cuka buah-buahan boleh juga digunakan. Cuka beras turut sesuai digunakan.

Jus lemon??
Jus lemon adalah bahan tambahan yang sangat sesuai untuk ditambahkan ke dalam vinaigrette. Ini kerana, jus lemon dapat meningkatkan rasa sedap pada cuka. Boleh atau tidak menggunakan jus lain?? Sebenarnya boleh, namun, jus lemon dipilih kerana kandungan asidnya yang tinggi (masam).

Seasoning??
Seasoning yang biasa digunakan ialah garam dan lada sulah. Namun, boleh juga ditambah dengan lada hitam, paprika mahupun biji seleri. Madu juga boleh digunakan sebagai seasoning. Madu dapat menstabilkan ikatan (campuran) di antara minyak dan cuka.

Mencampurkan vinaigrette??
Cara yang paling mudah menyediakan vinaigrette ialah menggunakan pengisar.  Namun, sekiranya tiada pengisar, hand whisk dan mangkuk boleh digunakan.  Elakkan untuk menggunakan mangkuk aluminium. Ini bertujuan mengelakkan asid yang berada dalam cuka bertindak balas dengan aluminium. Secara tidak langsung, rasa seperti besi pada vinaigrette dapat dielakkan.

0 comments:

Post a Comment