April 15, 2013

Pasta


Pasta

Pasta ialah sejenis mee ataupun makanan asas bagi masakan tradisional Itali. Kebiasaannya, pasta dibuat daripada tepung gandum durum yang dicampurkan dengan air. Doh ini yang dihasilkan tanpa menggunakan bahan penaik. Pasta terbahagi kepada dua iaitu pasta kering dan pasta segar. Telur ayam merupakan sumber cecair dalam pembuatan pasta segar. Pasta kering mahupun segar mempunyai pelbagai bentuk yang berbeza. Bentuk pasta yang biasa didapati ialah panjang, pendek, tiub, leper, mini dan pelbagai bentuk menarik.
      
Terdapat tiga kategori pasta dalam masakan Itali. Ketegorinya ialah pasta asciutta, pasta in brodo dan pasta al forno. Pasta asciutta ialah pasta yang dimasak dan dihidang di dalam pinggan bersama sos sebagai perasa. Pasta in brodo ialah pasta yang menjadi bahan di dalam hidangan sup. Manakala pasta al forno ialah hidangan pasta yang dibakar.
      
Pasta merupakan hidangan yang ringkas dan mudah disediakan.  Hidangan pasta banyak divariasikan dan dijadikan hidangan makan tengah hari mahupun makan malam. Apabila memilih pasta untuk dihidangkan bersama sos, terdapat beberapa peraturan yang boleh dijadikan panduan. Panduan pertama sos ringkas sesuai untuk pasta yang panjang dan halus. Manakala, sos yang lebih pekat sesuai untuk pasta yang tebal. Seterusnya, sos tidak boleh melebihi daripada kuantiti pasta.

Kategori Pasta

Pasta terbahagi kepada dua iaitu pasta kering dan pasta segar. 


Penyimpanan Pasta

Penyimpanan pasta adalah bergantung kepada tempoh ia diproses. Pasta yang belum dimasak boleh disimpan selama setahun (pasta kering). Pasta mesti disimpan dalam bekas kedap udara, disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Bagi pasta yang sudah dimasak, pasta hanya boleh disimpan selama lima hari di dalam bekas kedap udara yang diletakkan di dalam peti sejuk.

Pasta Homemade

Langkah 1
Campurkan 2 cawan tepung serbaguna dan ¼ sudu teh garam di atas pastry board. Pukul 3 biji telur, 1 sudu makan susu dan 1 sudu teh minyak zaitun di dalam mangkuk. Tuang campuran tadi di atas tepung dan uli sehingga menjadi doh.


Langkah 2
Uli doh sehingga doh lembut dan kenyal. Pastikan tepung ditaburkan di atas pastry board. Tambah tepung sekiranya doh masih melekat. Balut doh menggunakan plastic wrap dan biarkan selama 15 minit.


Langkah 3
Uli doh dan leperkan doh sehingga 1/8 inci tebal. 


Langkah 4
Potong doh dengan pisau tajam.


Langkah 5
Keringkan pasta sekurang-kurangnya 3 jam dan simpan di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik selama 4 hari. Pasta siap digunakan untuk sebarang hidangan.


Merebus Pasta

Langkah 1
Isikan 2/3 air di dalam periuk. Bagi mengurangkan masa memasak, gunakan air panas.


Langkah 2
Masukkan garam. Satu atau dua sudu teh garam sudah mencukupi.



Langkah 3
Masukkan pasta dan kacau menggunakan senduk.


Langkah 4
Pastikan pasta sudah masak (al-dente) dan toskan. Pastikan pasta disejukkan di dalam ais. Ini bertujuan mengelakkan pasta terlalu masak (overcooked).


Langkah 5
Lumurkan pasta dengan minyak. 

















0 comments:

Post a Comment