Potongan Asas Sayuran, Ayam dan Ikan

Basic Cuttings, Deboning, Fillet, Spices and Herbs

American Breakfast

Omelet, French Toast, Baked Beans, Sausage, Pancake, Sunny-side Up, Scrambled Eggs and Poached Eggs.

Stock, Thickening Agents, Sauce, Appertizer and Soup

Chicken Stock, Fish Stock, Bechamel, Espagnole, Tomato Sauce, Blound Roux, White Roux, Brown Roux, Cocktail and Soup.

Salad and Dressing, Pasta and Main Course

Basic Vinaigrette, Potato Salad, Caesar Salad, Waldorf Salad, Spaghetti, Lasagna, Spaghetti Bolognaise and Fettuchini,.

Pastry, Soft Roll, Cake and Dessert

Pastry Choux, Crust Pastry, Paf Sardine, Blueberry Cake, Chocolate Brownies, Souffle Vanilla, Cream Caramel and Black Forest Cake.

May 18, 2013

Gelatin, Pavlova, Whipped Cream

GELATIN



Gelatin merupakan sejenis bahan yang tidak mempunyai rasa dan tidak berwarna. Ia dihasilkan daripada kolagen yang diperolehi daripada haiwan. Gelatin berfungsi untuk membekukan makanan contohnya puding.



PAVLOVA 


  • Nama Pavlova diambil sempena nama penari ballet yang sangat terkenal yang bernama Anna Pavlova. Pakar-pakar masakan dari New Zealand dan Australia menamakan pencuci mulut Pavlova ketika penari ballet itu datang melawat ke negara mereka.
  • Berlaku sedikit pergaduhan dan kontroversi antara New Zealand dan Australia di mana masing-masing mengatakan asal Pavlova itu adalah dar negara mereka.
  • Setelah penyelidikan dibuat, penyelidikan rasmi menyatakan New Zealand merupakan negara yang menjadi sumber asal pembuatan Pavlova.
  • Pavlova adalah sebahagian daripada masakan dan makanan yang penting bagi New Zealand dan Australia kerana resipinya yang ringkas dan sering dijadikan menu hidangan semasa jamuan makan dan cuti perayaan.


WHIPPED CREAM (KRIM PUTAR)
  • Whipped Cream merupakan krim yang dibuat khas untuk hiasan kek dan makanan yang lain.
  • Ia diperbuat daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit yang tidak mengandungi bahan tenusu.
  • Whipped Cream akan mengalami proses pengembangan sebanyak 3 hingga 4 kali ganda daripada kuantiti asal cecair sekiranya dipukul.

Petua Masakan dan Glosari

Petua Masakan


Glosari


Resepi Minggu Ini

Apple Pie

Bahan-bahannya:

Kulit Pai:

  1. 250gm tepung serbaguna
  2. 100gm mentega
  3. 75gm gula aising
  4. 1 biji telur

Inti Pai:

  1. 2 biji epal
  2. 100gm gula perang
  3. 1tbsp gula kastor
  4. 50gm kismis
  5. 1/2 inci kulit kayu manis
  6. 1/2tbsp tepung jagung
  7. 50ml air
Cara penyediaan:

Kulit Pai
  1. Gaulkan tepung, mentega dan gula. Uli sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Kemudian, masukkan telur dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
Inti Pai
  1. Potong dadu epal dan masak bersama gula perang dan gula kastor.
  2. Setelah gula larut, masukkan kulit kayu manis dan gaul sehingga naik bau.
  3. Apabila epal hampir empuk, masukkan tepung jagung yang dicampur air agar inti menjadi sedikit pekat.
  4. Biarkan sejuk setelah inti masak.
Penyediaan Pai
  1. Giling adunan doh sehingga rata dan sama tebal.
  2. Letakkan inti yang telah dimasak ke atas doh yang telah digiling.
  3. Lipat doh kepada dua bahagian dan potong bahagian doh yang berlebihan.
  4. Sapukan kuning telur ke atas permukaan kulit pai. Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 180 °C.

Mango Mousse

Bahan-bahannya:

  1. 1 biji mangga
  2. 1/2 biji lemon
  3. 1tsp gelatin
  4. 1/2 cawan gula aising
  5. 1/4 cawan air panas
  6. 300gm krim putar
Cara penyediaan:
  1. Kisar mangga bersama jus lemon dan gula aising.
  2. Larutkan gelatin dalam air panas. Tuangkan ke dalam kisaran mangga dan kacau sebati.
  3. Masukkan krim putar dan kacau sebati. Hidang dalam bekas yang sesuai.

Pavlova


Bahan-bahannya:

  1. 2 biji putih telur
  2. 100gm gula kastor
  3. 1tsp tepung jagung
  4. 1tsp esen vanila
  5. 1tsp cuka masakan
  6. 100ml krim putar
  7. 50gm strawberi
  8. 50gm mangga

Cara penyediaan:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 150°C. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak.
  2. Putarkan putih telur dan gula sehingga gebu. Tambahkan gula sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Putar laju selama 3 minit atau sehingga adunan menjadi gebu berkilat.
  3. Tambahkan tepung jagung, cuka masakan dan esen vanila. Putar sehingga kental (meringue).
  4. Gunakan spatula untuk mengaup meringue dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
  5. Bakar selama 1 jam pada suhu 120 °C. Pavlova seharusnya berasa kering rapuh apabila disentuh. Tutup api oven dan biarkan sejuk di dalam oven.
  6. Putar whipped cream sehingga kental. Letakkan atas pavlova dan hias dengan buah-buahan.


May 10, 2013

Pastri

KLASIFIKASI PASTRI




JENIS-JENIS PASTRI








CARA MENGENALPASTI DOH DIULI DENGAN BAIK

Doh yang telah diuli perlu diuji bagi mendapatkan hasil yang baik. Ujian yang boleh dijalankan ialah membrane test dan atau windowpane test.


Ujian Membrane Test / Windowpane Test

Sekiranya doh terputus, doh perlu duli semula. Doh yang baik, akan menjadi lut cahaya apabila ditarik.




CARA MELIPAT DOH PASTRI LAPIS












 

Petua Memasak

PETUA MEMASAK











GLOSARI






May 9, 2013

Resepi Minggu Ini

RESEPI MINGGU INI

PASTRI LAPIS


Pai Ayam (Doh Pai Ayam)


Bahan-bahan :

200 gram tepung gandum
150 gram marjerin pastri
50 gram marjerin
125ml air sejuk
5 gram cuka
5 gram garam


Cara penyediaan :
  1. Sukat dan timbang semua bahan.
  2. Bentukkan 150g pastri marjerin kepada empat segi panjang dan nipis. Balut dengan plastik dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  3. Ayak tepung bersama-sama garam ke dalam mangkuk adunan.
  4. Gaul serta ramas tepung dan 50g mentega sehinggan menyerupai serbuk roti.
  5. Buat lubang di tengah-tengah tepung. Masukkan cecair sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi doh.
  6. Balut doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum digunakan.
  7. Keluarkan doh dan canai doh menjadi bentuk bujur.
  8. Letakkan marjerin pastri di atas 2/3 bahagian doh.
  9. Lipat 1/3 bahagian yang tiada marjerin ke tengah. Tekan bahagian tepi pastri.
  10. Canaikan doh secara memanjang. Kemudian lipat dengan teknik buku (book turn).
  11. Balut doh dengan plastik. Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
  12. Keluarkan doh dan ulangi langkah 8 dan 9 sebanyak 2 kali.
  13. Rehatkan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan.


Isian Ayam  (Inti Pai Ayam)

Bahan-bahan :

150 gram isi ayam
10 gram lik (dipotong dadu)
70 gram cendawan butang (dihiris)
30 gram marjerin
30 gram tepung
50ml stok ayam
3 gram daun pasli 
3 gram fresh thyme
30ml minyak masak
1 biji telur
5 gram garam
5 gram lada sulah


Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak. Masukkan isi ayam dan masak seketika selama 5 minit sehingga warna ayam keperang-perangan. Angkat isi ayam tersebut.
  2. Kemudian, di dalam kuali yang sama, masukkan pula lik dan cendawan. Masak seketika, angkat dan letakkan dalam bekas berasingan.
  3. Masukkan marjerin, biarkan ia mencair. Kemudian, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. Masukkan stok dan kacau menggunakan whisk sehingga pekat. 
  4. Masukkan isi ayam tadi, lik, cendawan dan tambahkan daun pasli dan thyme ke dalam kuali. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Masak sehingga sebati dan pekat dan kemudian angkat.     
  5. Sejukkan sebelum digunakan. 


Cara penyediaan Pai Ayam :
  1. Sediakan satu kuantiti doh pastri lapis.
  2. Panaskan ketuhar dan griskan acuan pai.
  3. Canai pastri menjadi 0.5 cm tebal. Bahagikan kepada dua keping.
  4. Alaskan acuan pai dengan sekeping pastri. Potong bahagian tepi acuan pai.
  5. Masukkan inti ayam ke dalam acuan dan letakkan hirisan telur di atas inti. 
  6. Basahkan bahagian tepi pai dan tutup dengan sekeping pastri lagi. Tekan perlahan tepi pai untuk melekatkannya.
  7. Gliskan kuning telur (egg wash) pada permukaan pai.   
  8. Slit bahagian tengah pai dan hiaskan dengan lebihan pastri. Bakar pada suhu 200 ̊ C sehingga warna perang keemasan.

PASTRI CHOUX

 
Cream Puff 


Bahan-bahan :

100ml air
45 gram marjerin
1 biji telur
60 gram tepung serbaguna (diayak)
3 gram garam
5 gram gula


Cara penyediaan : 
  1. Didihkan air, masukkan marjerin bersama-sama gula dan garam.
  2. Alihkan periuk daripada api dan masukkan tepung sekali gus.
  3. Kemudian, letakkan semula di atas api. Kacau sehingga tepung tidak melekat di tepi periuk.
  4. Angkat dan alihkan adunan ke dalam mangkuk adunan. Sejukkan.
  5. Kemudian, masukkan telur perlahan-lahan sambil memutar adunan sehingga sebati dan licin.
  6. Dengan menggunakan nozzle dan pipping bag, paipkan menjadi bentuk puff dan eclairs.    




Inti Cream Puff

Bahan-bahan :
  
250ml susu (disuamkan)
1 biji telur
1 biji kuning telur
15 gram tepung kastard
15 gram tepung jagung
50 gram gula kastor


Cara penyediaan :
  1. Pukul telur, kuning telur, tepung kastard, tepung jagung, gula kastor dan esen vanila sehingga sebati.  
  2. Tuangkan susu yang telah disuamkan dan kacau adunan sehingga rata.
  3. Masak di atas api sederhana sehingga kastard mendidih dan kelihatan agak likat.
  4. Sejukkan sebelum digunakan.



Soft Roll

Bahan-bahan :

190 gram tepung high protein
50 gram tepung naik sendiri
30 gram marjerin
100ml susu
30 gram gula kastor
6 gram yis
1 biji telur
3 gram garam


Cara penyediaan :

  1. Satukan tepung dan buat lubang di tengah-tengah. Masukkan telur, yis, gula dan susu.
  2. Uli campuran tersebut sehingga menjadi doh.
  3. Masukkan marjerin dan teruskan menguli.
  4. Akhir sekali, masukkan garam. Uli sekata. Rehatkan doh selama 30 hingga 45 minit atau sehingga saiz doh menjadi dua kali ganda.
  5. Setelah direhatkan, pukul doh untuk mengeluarkan angin dan potong doh kepada 35 gram setiap satu.
  6. Uli doh menjadi bentuk bulat dan bakar selama 15 minit pada suhu     180 ̊ C.