March 18, 2013

Agen Pemekat (Wajib Tahu!!!)

Agen Pemekat


Agen pemekat ialah bahan yang digunakan untuk memekatkan sup, sos dan stew.  Terdapat beberapa jenis agen pemekat yang biasa digunakan.  Antaranya ialah:

Roux

Roux ialah campuran tepung bersama clarified butter (mentega yang dicairkan).  Terdapat 3 jenis roux iaitu white roux, blond roux dan brown roux.  Perbezaan antara kertiga-tiga roux ialah warna dan masa memasak.  White roux dimasak dalam tempoh 5-7 minit, blond roux dimasak 8-11 minit dan brown roux dimasak 12-15 minit.

Slurries

Bancuhan air bersama tepung.  Berfungsi sebagai pemekat kuah atau sos.

Beurre Manie
Hasil campuran mentega yang dilembutkan dengan tepung.

Liaison

Campuran telur kuning dan krim segar yang dipukul.









0 comments:

Post a Comment