April 1, 2013

COLD APPETIZER AND DRESSINGS

Cold Appetizer and Dressings


Cold Appetizer merupakan menu hidangan Barat yang penting dan diambil sebelum menu hidangan utama dihidangkan. Dressings pula menjadi pelengkap bagi sesuatu menu hidangan appetizer yang dapat menambahkan rasa pada menu hidangan appetizer yang disediakan. Antara menu hidangan cold appetizer yang telah dihasilkan pada amali kali ini ialah caesar salad, waldorf salad, potato salad, deviled egg dan shitake canape. Dressings yang dihasilkan pula ialah basic vinaiggrette dan mayonis. 










Dressings

Dua jenis dressings yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan pada amali kali ini ialah basic vinaiggrette dan mayonis.






RESEPI AMALI 5


Pada amali yang kelima ini, unit kami (unit 8) telah menghasilkan tiga jenis menu hidangan iaitu deviled eggwaldorf salad dan shitake canape.






Resepi Cold Appetizer

                                                       Deviled Egg


Bahan-bahan:


3 biji    telur
50 ml   mayonaise
30g      yellow mustard
Garam secukupnya
50g      lada/cili benggala warna merah & hijau
50g      bawang

Cara penyediaan :


1. Rebus telur . Kalau nak tekstur telur tu cantik, letak sedikit cuka dan garam.
2. Potong dua telur yang sudah direbus. 
3. Ambil telur kuning dan satukan dalam bekas.
4. Hancurkan telur kuning tersebut. Campur sekali dengan bahan-bahan lain.
5. Sesuaikan rasa.


                                                   Shitake Canape



Bahan-bahan:

20gm cendawan shitake
3 keping roti putih
3 kepingan isi ayam Turki (dihiris kecil)                           
5 biji tomato ceri (dihiris)                                      
200g Tuna (di dalam tin)
Daun salad secukupnya
Mayonis  secukupnya

Cara penyediaan :
1. Roti putih dipotong saiz kecil dan dipelbagaikan jenis potongan supaya kelihatan menarik. Asingkan.
2.  Kemudian hancurkan isi ikan tuna dengan sudu di atas roti putih yang dilapikkan dengan daun salad. Sapukan pula mayonis secukupnya di atas inti.
3.  Setelah itu susunkan kepingan isi ayam Turki dan tomato ceri.
4. Akhir sekali, letakkan roti berinti tadi di atas cendawan shitake yang telah direbus.
5.  Sedia untuk dimakan.
  

                                                   Waldorf Salad



 Bahan-bahan :


50 ml     Chantilly Dressing
250 gm  epal merah rangup
65 gm    seleri, dipotong dadu kecil
15 gm    walnut, dicincang kasar
2 helai    daun salad sebagai alas hiasan (lettuce)
10 gm    walnut cincang (hiasan)

Cara penyediaan :

1.  Sediakan dressing dan simpan di dalam refrigerator.
2.  Potong epal kepada 1 cm tanpa membuang kulitnya.
3.  Masukkan ke dalam dressing untuk mengelakkan lebam.
4.  Masukkan seleri dan walnut. Gaul sekata.
5.  Susun lettuce di atas pinggan.
6.  Letakkan kira-kira 125-175 gm salad di atas nya dengan menggunakan scoop.
7.  Taburkan walnut yang dicincang halus sebagai hiasan.
8.  Simpan di tempat sejuk sehingga masa menghidang.



Resepi Dressings


                                          Basic Vinaiggrette

 
Bahan-bahan :
 
20 ml               cuka
½ @ 1 tsp        garam
½ tsp               lada sulah
35 ml               olive oil

Cara penyediaan :

1. Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.
2. Kacau lagi sebelum digunakan.


                                                 Mayonis

Telur kuning yang dipukul untuk membuat mayonis (Telur kuning dipukul sehingga kelihatan putih)


Bahan-bahan:
 
4 biji                telur kuning
6 ml                 cuka
2 tsp                garam
2 tsp                mustard kering
Secubit             cayenne
200 ml              olive oil
10 ml                cuka
10 ml                jus lemon

Cara penyediaan:

  1. Pukul telur kuning sehingga gebu. Masukkan cuka dan pukul sebati.
  2. Masukkan bahan-bahan kering dan kacau rata.
  3. Masukkan salad oil perlahan-lahan sedikit demi sedikit.
  4. Apabila mayonis memekat, kurangkan kepekatan dengan sedikit cuka. Kacau berselang-seli dengan lebihan minyak.
  5. Sesuaikan rasa dan kepekatan menggunakan jus lemon. 

                                                        Consomme


Bahan-bahan :


100 gm daging lembu – dikisar                                               
2 biji putih telur                                                                   
250 ml stok putih atau perang – disejukkan                           
100 gm campuran lik, celery, lobak merah dan bawang besar dipotong mirepoix
25 gm pes tomato                                                                
1 bunjut sachet                                                                     
1/2 biji onion brule    

Cara penyediaan :

1.                  Campurkan daging, putih telur, bahan mirepoix, tomato dan 250 ml stok. Biarkan selama ½ jam. Adunan ini dipanggil clear meat.
2.                  Campurkan baki stok dengan clear meat, sachet dan onion brule.
3.                  Rebus hingga mendidih sambil dikacau sehingga telur berkumpul.
4.                  Kecilkan api dan biarkan stok merenih perlahan selama 1 – 1½ jam.
5.                  Tapis stok tersebut.
6.                  Keluarkan baki lemak dengan menggunakan kain maslin dan paper towel.
7.                  Sesuaikan rasanya.
     


Sachet

 


Sachet merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk membuat consomme. Antara bahan yang digunakan untuk membuat sachet ialah daun bay, lada sulah, batang parsli, bunga cengkih dan thyme.

0 comments:

Post a Comment