GELATIN
Gelatin merupakan sejenis bahan yang tidak mempunyai rasa dan tidak berwarna. Ia dihasilkan daripada kolagen yang diperolehi daripada haiwan. Gelatin berfungsi untuk membekukan makanan contohnya puding.
PAVLOVA
- Nama Pavlova diambil sempena nama penari ballet yang sangat terkenal yang bernama Anna Pavlova. Pakar-pakar masakan dari New Zealand dan Australia menamakan pencuci mulut Pavlova ketika penari ballet itu datang melawat ke negara mereka.
- Berlaku sedikit pergaduhan dan kontroversi antara New Zealand dan Australia di mana masing-masing mengatakan asal Pavlova itu adalah dar negara mereka.
- Setelah penyelidikan dibuat, penyelidikan rasmi menyatakan New Zealand merupakan negara yang menjadi sumber asal pembuatan Pavlova.
- Pavlova adalah sebahagian daripada masakan dan makanan yang penting bagi New Zealand dan Australia kerana resipinya yang ringkas dan sering dijadikan menu hidangan semasa jamuan makan dan cuti perayaan.
WHIPPED CREAM (KRIM PUTAR)
- Whipped Cream merupakan krim yang dibuat khas untuk hiasan kek dan makanan yang lain.
- Ia diperbuat daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit yang tidak mengandungi bahan tenusu.
- Whipped Cream akan mengalami proses pengembangan sebanyak 3 hingga 4 kali ganda daripada kuantiti asal cecair sekiranya dipukul.
0 comments:
Post a Comment