March 18, 2013

Bahan Perisa/Perasa (Penting!!!)


Mirepoix




Mirepoix ialah campuran di antara bawang besar, lik, seleri dan lobak merah.  Sayuran ini dipotong kasar dengan nisbah 2:1:1:1.  Saiz sayuran bergantung kepada masa memasak dan kuantiti sesuatu hidangan.   Lagi lama masa memasak, lagi besar potongan sayuran.  Terdapat dua jenis Mirepoix iaitu red mirepoix dan white mirepoix.  Red mirepoix ialah campuran sayuran bersama lobak merah manakala white mirepoix campuran tanpa lobak merah.


Bouquet Garni


Bouquet Garni ialah gabungan sayuran dan herba yang diikat bersama.  Bouquet garni dijadikan sebagai bahan perisa kepada stok dan sup.  Sayuran asas yang digunakan ialah pasli, daun bay,  thyme, seleri, lik dan lobak merah.  Kesemua sayur ini akan diikat menggunakan tali pengikat daging.  Fungsinya ialah memudahkan proses mengangkat keluar sayuran daripada air rebusan.

Sachet


Sachet  ialah herba bunjut yang mengandungi beberapa bahan dan diikat di dalam kain maslin.  Bahan-bahannya ialah pasli, daun bay, thyme, lada hitam dan bawang putih.

Onion Piquet


Onion piquet ialah bawang besar yang dicucuk bersama daun bay dan bunga cengkih.


Onion Brule


Onion brule ialah bawang besar yang dipotong dua dan digoreng permukaannya tanpa minyak.  Fungsi onion brule adalah sebagai penambah perasa dan menjernihkan sup.






0 comments:

Post a Comment