Sunny-side Up
2 biji telur
1 tbsp minyak masak
Cara penyediaan:
1. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
2. Panaskan minyak.
3. Masukkan telur ke dalam kuali dan goreng sehingga masak. Pastikan kuning telur tidak pecah.
Omelette
2 biji telur
1 tbsp mentega
1 keping keju
Garam
Lada putih
1/4 biji lada benggala (dipotong dadu)
1/2 tomato (dipotong dadu)
1/2 tin cendawan tin (dihiris)
1/4 bawang holland (dipotong dadu)
Cara penyediaan:
1. Pukul telur. Perasakan dengan garam dan lada putih. Pukul telur sehingga sebati.
2. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
3. Masukkan telur yang telah dipukul, kemudian letakkan lada benggala, tomato, cendawan dan bawang di atas telur tadi.
4. Setelah telur hampir masak, lipatkan telur tersebut dan hidangkan di dalam pinggan.
Poached Eggs
Poached Eggs
2 biji telur
1/4 periuk air
1 1/2 tbsp cuka
secubit garam
Cara penyediaan:
1. Panaskan air di dalam periuk sehingga separa mendidih.
2. Masukkan cuka dan garam ke dalam air.
3. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan. Kacau air satu arah dan masukkan telur perlahan-lahan. Pastikan kuning telur tidak pecah.
4. Pastikan telur membentuk dan masak sempurna selama 3-5 minit sebelum diangkat.
Scramble Eggs
2 biji telur
2 tbsp susu segar
1 tbsp mentega
garam
lada putih
Cara penyediaan:
1. Campurkan telur, susu segar, garam dan lada putih.
2. Pukul sebati.
3. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
4. Kacau telur perlahan-lahan dan angkat telur sebelum terlalu masak (kering).
French Toast
2 biji telur
2 1/2 tbsp susu segar
1 1/2 tbsp mentega
2 keping roti
garam
Cara penyediaan:
1. Potong kulit roti menggunakan pisau roti.
2. Potong roti kepada dua bahagian (bentuk segi tiga).
3. Pukul telur bersama susu dan garam sehingga sebati.
4. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
5. Celup roti ke dalam adunan telur dan letakkan di atas kuali.
6. Masak roti sehingga warna keperang-perangan.
Sausage and Baked Beans
2 biji sosej
2 sudu kacang panggang
Cara penyediaan:
1. Rebus sosej dan toskan.
2. Susun sosej di atas pinggan dan letakkan kacang panjang.
0 comments:
Post a Comment