Potongan Asas Sayuran, Ayam dan Ikan

Basic Cuttings, Deboning, Fillet, Spices and Herbs

American Breakfast

Omelet, French Toast, Baked Beans, Sausage, Pancake, Sunny-side Up, Scrambled Eggs and Poached Eggs.

Stock, Thickening Agents, Sauce, Appertizer and Soup

Chicken Stock, Fish Stock, Bechamel, Espagnole, Tomato Sauce, Blound Roux, White Roux, Brown Roux, Cocktail and Soup.

Salad and Dressing, Pasta and Main Course

Basic Vinaigrette, Potato Salad, Caesar Salad, Waldorf Salad, Spaghetti, Lasagna, Spaghetti Bolognaise and Fettuchini,.

Pastry, Soft Roll, Cake and Dessert

Pastry Choux, Crust Pastry, Paf Sardine, Blueberry Cake, Chocolate Brownies, Souffle Vanilla, Cream Caramel and Black Forest Cake.

April 29, 2013

Resepi Minggu Ini

RESEPI MINGGU INI


Pan Fried Sea Bass served with Kiwi Glaze accompanied with Crispy Hash Brown and Chef Selected Vegetables





                                           Pan Fried Sea Bass


Bahan-bahan :
  1. 1 ekor ikan siakap
  2. 30 ml minyak zaitun
  3. Serbuk lada hitam
  4. Garam secukupnya 

Cara Penyediaan :
  1. Buang sisik ikan.

 









2. Lakukan proses fillet pada ikan.











3. Ikan yang telah siap di fillet.











4. Perap ikan dengan minyak zaitun, lada hitam dan garam.











5.  Goreng ikan dengan menggunakan minyak tohor.












                                                        Kiwi Glaze

Bahan-bahan :
  1. 200 gm buah kiwi
  2. 20 gm lemon
  3. 60 gm mentega
  4. 1 biji bunga lawang
  5. Garam secukupnya
  6. Lada sulah secukupnya

Cara penyediaan :
  1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan didihkan sehingga sedikit pekat.
  2. Perasakan dengan garam dan lada sulah.



Crispy Hash Brown

Bahan-bahan : 
  1. 300 gm ubi kentang
  2. 30 ml minyak zaitun
  3. 30 gm mentega
  4. 10 gm garam
  5. 8 gm lada sulah
Cara penyediaan :
  1. Kupas kulit kentang. Parut kentang dan keluarkan air atau lembapan yang terdapat pada kentang. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng kentang di dalam kuali sehingga keperangan. 
  3. Perasakan dengan garam dan lada sulah.  



Chef Selected Vegetables

Bahan-bahan :
  1. 50 gm tomato ceri
  2. 50 gm brokoli
  3. 50 gm asparagus
  4. 30 gm marjerin
  5. 20 gm bawang putih
  6. Garam secukupnya
  7. Lada sulah secukupnya
Cara penyediaan :
  1. Celur sayuran sehingga agak masak
  2. Kemudian, saute sayuran yang telah dicelur.
  3. Perisakan dengan garam dan lada sulah.


 



Ikan

KLASIFIKASI IKAN

a) Ikan berisi putih (white fish)
  • Terdapat di kawasan tropika dan subtropika.
  • Kandungan lemak yang rendah iaitu kurang daripada 5 % dan lemaknya tersimpan dalam hati ikan yang menjadikan isinya berwarna putih.
  • Contoh ikan : kod, merah, parang, senangin, bawal putih
Ikan senangin





Ikan bawal putih

b) Ikan berminyak (oily fish)
  • Mengandungi kandungan lemak di antara 10 - 25 %.
  • Kaya dengan lemak tak tepu.
  • Flesh adalah lebih gelap dan berwarna hitam kerana kandungan lemak yang tinggi di seluruh isinya yang menjadikannya berwarna kehitaman.
  • Mengandungi lebih banyak kandungan nutrisi berbanding ikan berisi putih.
  • Contoh : salmon, sardin, tongkol, tenggiri, cencaru
 
Ikan tenggiri

Ikan cencaru
Ikan sardin


  BENTUK IKAN DI PASARAN

                                                          1) Fillet
Fillet
  • Potongan ikan tanpa tulang
  • Kulit boleh dibuang ataupun tidak dibuang
                                                   2) Drawn Fish
Drawn Fish
  •  Organ dibersihkan dan ekor, kepala dan sirip tidak dibuang. 
                                                    3) Processed
Processed fish
  • Ikan yang telah diproses contohnya ikan dalam tin.
  • Merupakan ikan yang setengah masak.

                                           4) Dressed Fish
Dressed fish
  • Organ, sisik dan sirip dibuang.
  • Kepala dan ekor boleh dibuang dan juga tidak dibuang



5) Steak
Steak fish
  • Ikan yang dipotong melentang.
  • Setiap potongan mempunyai tulang belakang ikan.
  • Kulit tidak dibuang.



BAHAGIAN IKAN